MAKLUMAN PERUBAHAN OPERASI SHUTTLE BAS HSA & HSI

Lanjutan daripada pengumuman pembukaan semula Zoo Johor oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) telah membuat perubahan pengoperasian Shuttle Bas HSA bagi menyokong perkhidmatan laluan ke Zoo Johor.

Selain itu juga, pengoperasian HSA dan HSI yang baru ini telah mengambil kira masa yang bagi memudahkan pengunjung Zoo dan juga penumpang ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) bermula 31 Ogos 2024.

Pengguna juga boleh menggunakan perkhidmatan Shuttle Bus HSA secara percuma di parkir Penjara Ayer Molek atau di Lotus Tebrau bagi perkhidmatan Shuttle Bas HSI . Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi PAJ

Diharap para pengguna dapat memanfaatkan perkhidmatan bas percuma yang disediakan ini.

#PAJ
#PerbadananPengangkutanAwamJohor
#KeselesaanUntukRakyat
#PengangkutanAwamPengangkutanKita
#MajuJohor