Pelancaran Laluan Baharu Bas Harapan Johor Simpang Renggam

SIMPANG RENGGAM – Kini penduduk Simpang Renggam dan Renggam dapat menikmati perkhidmatan bas percuma yang dinantikan selama 3 bulan tanpa pengangkutan awam dari Simpang Renggam ke Renggam.

Laluan SR003 merupakan inisiatif pihak Kerajaan Negeri Johor yang prihatin terhadap penduduk Renggam dan Simpang Renggam bagi memudahkan perjalanan mereka dan menjimatkan kos sara hidup mereka.

Laluan baru ini bermula dari Hentian Bas Simpang Renggam – Jalan Besar – Jalan Simpang Renggam – Hentian Bas Renggam – Jalan Simpang Renggam – Jalan Besar dan berakhir di Hentian Bas Simpang Renggam. Jumlah kekerapan waktu operasi Bas Harapan Johor SR 003 adalah sebanyak 6 kali sehari dari jam 6.30 pagi hingga 6.00 petang. Terdapat tiga laluan Bas Harapan Johor Simpang Renggam SR 001, SR002 dan SR 003 dan jumlah ketiga-tiga laluan tersebut juga melalui kawasan klinik kesihatan, sekolah, pejabat pos dan pejabat Kerajaan.

Orang ramai boleh mendaftar kad percuma di Majlis Daerah Simpang Renggam kaunter One Stop Centre bagi menikmati perkhidmatan Bas Harapan Johor secara percuma yang dibuka pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan hari Khamis 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Pengguna Bas Harapan Johor boleh merujuk jadual waktu serta laluan terkini di laman sesawang rasmi PAJ paj.com.my atau di media social facebook officialpaj atau sebarang pertanyaan di talian 1 300 22 3700. Perubahan masa dan laluan adalah tertakluk kepada pihak operator bas atas permintaan orang awam.

Bas Harapan Johor merupakan penjenamaan semula Bas Muafakat Johor yang telah beroperasi sejak 1 April 2016 dengan jumlah 15 laluan di kawasan Wilayah Iskandar. Kini, jumlah keseluruhan laluan ialah 63 dan jumlah bas beroperasi di seluruh negeri Johor adalah sebanyak 79 buah bas.