Bermula 01 Ogos 2023, terdapat perubahan masa dan laluan bagi perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP). Perubahan ini dilaksanakan mengikut kesesuaian laluan dan masa dan dirasakan perlu untuk menampung penggunaan pengangkutan awam di kawasan tersebut.

Antara perubahan masa yang dilakukan adalah di laluan BP-002. Manakala perubahan laluan dan masa dilakukan di laluan BP-001. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan masa dan peta laluan baharu, pengguna boleh merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi PAJ.

Diharap para pengguna dapat memanfaatkan perkhidmatan bas percuma yang disediakan ini.