MAKLUMAN PENGOPERASIAN SHUTTLE BUS ZOO JOHOR

Bermula 1 Mei 2025, perkhidmatan Shuttle Bus Zoo Johor akan mengalami perubahan kekerapan perjalanan untuk memastikan kelancaran operasi serta penyesuaian dengan keperluan semasa bagi memastikan perkhidmatan yang lebih efisien dan tersusun untuk pengunjung Zoo Johor.

Waktu operasi perkhidmatan Shuttle Bus Zoo Johor yang baharu akan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 6.30 petang dengan kekerapan setiap 15 minit bermula dari Penjara Ayer Molek

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi PAJ. Diharap para pengguna dapat memanfaatkan perkhidmatan bas percuma yang disediakan ini.