MAKLUMAN PENGOPERASIAN SHUTTLE BUS ZOO JOHOR

Lanjutan daripada pengumuman pembukaan semula Zoo Johor oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) akan menyediakan perkhidmatan Shuttle Bus Zoo Johor secara PERCUMA bermula 31 Ogos 2024 dari jam 8.30 pagi sehingga 6.30 petang. Pengunjung Zoo Johor boleh meletakkan kenderaan di kawasan Penjara Ayer Molek dan kadar kekerapan adalah setiap 6 minit.

Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan Shutt/e Bus HSA secara percuma di parkir Penjara Ayer Molek untuk ke Zoo Johor. Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi PAJ

Diharap para pengguna dapat memanfaatkan perkhidmatan bas percuma yang disediakan ini.

#PAJ
#PerbadananPengangkutanAwamJohor
#KeselesaanUntukRakyat
#PengangkutanAwamPengangkutanKita
#MajuJohor