MAKLUMAN PENGOPERASIAN SHUTTLE BUS HOSPITAL SULTANAH AMINAH (HSA)

Bermula 6 Mei 2025, Perkhidmatan Shuttle Bus Hospital Sultanah (HSA) dari Penjara Ayer Molek telah ditamatkan operasi sebagai langkah penyesuaian dengan keperluan semasa bagi memastikan perkhidmatan yang lebih efisien dan tersusun kepada pengguna.

⁠Perkhidmatan Shuttle Bus HSA dari Larkin Sentral masih beroperasi seperti biasa setiap Isnin hingga Jumaat mengikut laluan dan masa yang telah ditetapkan.

⁠Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi PAJ. Diharap para pengguna dapat memanfaatkan perkhidmatan bas percuma yang disediakan ini.