Bermula 15 Julai 2023, terdapat perubahan masa dan laluan bagi perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) di kawasan Majlis Bandaraya lskandar Puteri (MBIP). Perubahan ini dilaksanakan mengikut kesesuaian laluan dan masa dan dirasakan perlu untuk menampung penggunaan pengangkutan awam di kawasan tersebut.
Antara perubahan masa yang dilakukan adalah di laluan P-211 dan P212 serta perubahan laluan bagi laluan P-213 dan P214. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan masa dan peta laluan baharu, pengguna boleh merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi PAJ.
Diharap para pengguna dapat memanfaatkan perkhidmatan bas percuma yang disediakan ini.
About The Author:
More posts by