Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, pihak Perbadanan Pengangkutan Awam Johor ingin memaklumkan Bas BMJ bagi laluan P-211 tidak akan memasuki kawasan UTM bermula 21 Mei sehingga 3 Jun 2021.

Ini adalah selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara  (MKN) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baagi mengelak serta menyekat penularan risiko jangkitan wabak COVID-19 di kawasan tersebut.

Bersama-sama kita membendung penularan wabak COVID-19 dan mengikut segala saranan Pihak Berkuasa bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dengan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup hidung dan mulut serta menjaga penjarakan sosial.