Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dengan kerjasama Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) menganjurkan program kembali ke sekolah
Peka dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) tampil menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) membantu 165 pelajar sekolah rendah dan menengah menyediakan kelengkapan persekolahan
Penerima daripada keluarga kurang berkemampuan, diberikan RM200 setiap seorang untuk berbelanja sebagai persediaan menjelang sesi persekolahan 2019 yang akan bermula bulan depan.
Pengurus Besar LPJ, Muhammad Razif Ahmad berkata, pihaknya prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampuan dan kali ini, dengan kerjasama Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sekali lagi mereka menganjurkan program kembali ke sekolah.
Katanya, dengan tema ‘Kembali ke Sekolah, Satu Langkah Satu Senyuman’, ini masuk kali keempat penganjurannya sejak 2015 yang turut membabitkan anak pemandu teksi sekitar Pasir Gudang.
“Kita bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang untuk mendapatkan senarai murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah yang kurang berkemampuan termasuk anak pemandu teksi.
“Setiap tahun kita memilih murid dan pelajar yang berbeza untuk diberi bantuan kelengkapan persekolahan ,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan, di Pasar Raya Mydin, Taman Rinting di sini, semalam.
Yang turut hadir, Pengerusi LPJ, Datuk Abdul Rahim Ramli; Ketua Pegawai Eksekutif PAJ, Ramli Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh.
About The Author:
More posts by