Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sedang melakukan pengumpulan data bagi pemberian insentif Petrol secara one-off kepada Pekerja Ekonomi GIG Johor seperti yang telah diumumkan pada pembentangan Belanjawan Johor 2022 oleh YAB Menteri Besar.

Pemohon yang layak boleh memohon melalui klik pautan di bawah yang disediakan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2022

Pemohon yang belum memuat turun aplikasi Setel, boleh melayari laman sesawang Aplikasi setel

Pemandu E-hailing Berdaftar di Negeri Johor
Penghantar Makanan Dengan Syarikat Berdaftar di Negeri Johor
Pemandu Teksi Berdaftar di Negeri Johor